Style Switcher

Predefined Colors

Rugi Jika Tak Gunakan Teknik Pemasaran Facebook Ini Yang Tak Ditelan Zaman

Rugi Jika Tak Gunakan Teknik Pemasaran Facebook Ini Yang Tak Ditelan Zaman

Kan ada banyak media sosial sekarang ni, dalam banyak-banyak media sosial ini, Facebook mencatatkan bilangan pengguna terbanyak. Menarik tak menarik pasal Facebook ni, anda boleh share apa saja benda yang anda nak. Lagi menarik dengan menggunakan Teknik Pemasaran Facebook, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan walaupun hanya duduk dirumah sahaja.

Dengan syarat anda perlu tahu Teknik Pemasaran Di FB yang betul dan ianya sesuai dengan perniagaan yang anda jalankan.

Kepentingan Data..

Di FB ini sendiri, hampir kesemua pengguna meluangkan masa yang banyak untuk mengemaskini segala data peribadi mereka seperti apa yang mereka minat, asal dari mana, menetap di mana, pernah berkunjung ke mana dan macam-macam lagi.

Data ini merupakan aset yang sangat bernilai sebenarnya buat FB itu sendiri dan juga kepada mereka yang melakukan pemasaran menggunakan FB.

Perlunya data-data tersebut adalah untuk anda mensasarkan iklan produk, servis atau bisnes anda kepada orang yang tepat dan mereka yang benar-benar memerlukannya sahaja. 🙂

Ini akan menjadikan pemasaran anda lebih berkualiti dan anda akan mampu untuk membuat jualan yang banyak sekaligus memberikan anda keuntungan yang berlipat kali ganda.

Sebagai contoh, anda menjual produk kesihatan untuk wanita.

Iklan anda haruslah mensasarkan golongan wanita yang memerlukan produk tersebut sahaja berbanding anda mensasarkannya secara umum.

Jika anda mensasarkan iklan secara umum, besar kemungkinan iklan anda akan gagal.

Bahasa mudahnya, target orang yang tepat, produk yang tepat dan harga yang tepat, baru anda boleh membuat jualan yang banyak. 🙂

Facebook Ads - Belajar dan bergurulah..

Walaupun bunyinya macam mudah, apabila anda sendiri merasainya, ia tidaklah semudah yang anda sangkakan.

Anda perlukan ilmu dan kemahiran untuk memastikan teknik pemasaran menggunakan Fb atau lebih dikenali sebagai FB Ads ini untuk berjaya.

Tanpa ilmu dan kemahiran, anda masih boleh berjaya menghasilkan sales namun kadar bayaran yang perlu anda bayar untuk kos pengiklanan akan menjadi sangat tinggi juga.

Perkara ini yang sebenarnya memakan diri ramai peniaga online. Sakit…

Sangat sakit bila anda berjaya menjana keuntungan menerusi jualan di FB namun kos untuk pengiklanan pula sangat tinggi.

Keuntungan yang anda peroleh itu tiba-tiba rasa macam sedikit sahaja. Sebab itu pentingnya untuk anda berguru dan belajar dengan mereka yang pakar.

 

Pakar FB Ads Di Malaysia

Di Malaysia saja, ada beberapa pakar pemasaran perniagaan online menggunakan FB sebagai medium pemasaran utama mereka.

Setiap daripada mereka ini memang mempunyai pengalaman yang banyak dan mendalam dalam FB Ads.

Mereka terlebih dahulu merasai pedihnya melakukan FB Ads tanpa ilmu dan kemahiran yang betul.

Jangan tanya berapa wang ringgit yang hangus untuk mereka menguasai FB Ads, anda memang akan terkejut.

Fb Ads itu sendiri sentiasa berubah sistemnya.

Formula yang berjaya menghasilkan jualan pada bulan ini belum tentu mampu untuk menghasilkan keputusan yang sama pada bulan hadapan.

Sebenarnya, pakar-pakar FB Ads ini mereka dah nampak trend atau pattern perubahan yang dilakukan oleh Facebook.

Mereka ini mampu untuk bertahan dan sentiasa dapat buat duit menerusi bisnes online(pasif income) kerana mereka semua ni menggunakan strategi Dot Dot Dot yang tak ditelan zaman.. 😉

Mereka-mereka ini hanya ‘twist’ sikit sahaja strategi dan teknik terbaik untuk disesuaikan dengan perubahan yang dibawa oleh FB Ads ini. 🙂

Salah seorang yang mengamalkan Teknik dan Strategi Dot Dot Dot ini adalah Cikgu H.

Antara Pakar-pakar FB Ads di Malaysia..

Kalau bercakap pasal FB Ads ni, nama-nama seperti Cikgu H, Sifu FBads, dan LikeMethod pastinya merupakan nama-nama yang gah dan mampu menerbitkan rasa hormat orang ramai terhadap mereka.

Mereka ni bukan calang-calang pakar. FB Ads ni macam kat belakang tapak tangan diorang jer.

Seronok kalau dapat bercerita mengenai diorang ni.

Tapi dalam artikel kali ni, nak sentuh pasal Cikgu H dulu.

Siapa Cikgu H ni?

Cikgu H?

Cikgu H merupakan antara pakar dalam internet marketing ni.

Banyak produk yang dikeluarkannya untuk membantu lebih ramai orang untuk sama-sama berjaya.

Tanya la bisnes online apa yang Cikgu H tak pernah try lagi.

Semua dia dah try dan berjaya.

Bukan berjaya yang biasa-biasa.

Semua kejayaan yang dicapainya adalah luarbiasa.

Cikgu H ni selalu berkongsi tips-tips bisnes online yang gempak-gempak di Facebook. Boleh la search page Cikgu H dan anda nilaikan sendiri ilmu yang dikongsikannya.

Cikgu H juga banyak berkongsi kisah kejayaan anak didiknya di website beliau.

Kalau anda baca memang anda akan rasa terinspirasi dengan kisah-kisah yang dikongsikan.

Gaya penulisan dia jangan cakap la.

Anda rasa macam tengah dengar cerita secara live pun ada.

Sebab tu ramai yang nak berguru dengan Cikgu H ni.

Bukan insan biasa-biasa. Bayangkan kalau di website dan facebook fanpage beliau yang beliau berkongsi ilmu dan kisah-kisah secara percuma pun dah macam tu level dia, anda boleh bayangkan sendiri rasanya macam mana gaya penulisan dan gaya penyampaian beliau dalam produk-produk keluarannya.

Sempoi. Sangat-sangat sempoi…

Cikgu H ni sentiasa keluarkan produk untuk orang ramai belajar dan kuasai bisnes online dalam bentuk ebook, video tutorial, seminar dan juga personal coaching.

Kalau dalam banyak-banyak produk yang berkaitan dengan pemasaran menggunakan FB, FB Instant Sale keluaran beliau lah yang paling menarik dan terbaik.

Dalam FB Instant Sale ni, Cikgu H berkongsi dari A sampai Z cara-cara untuk anda menjalankan FB Ads dan beliau berkongsi kesemua cara yang dia buat tu sepenuhnya. 🙂 Teknik Evergreen..

Teknik Evergreen(Dot Dot Dot) yang anda boleh praktikkan pada tahun 2017, 2018, 2019 dan ke tahun-tahun yang berikutnya.. selagi ada talian internet.

Tu yang best pasal produk-produk Cikgu H sebenarnya.

Produk beliau yang ni memang dapat banyak pujian dan ramai yang berjaya dengan mengikuti setiap langkah yang diajarkannya sampai langkah yang terakhir.

Yang mana berhenti sekerat jalan tu memang la tak berapa nak berjaya.

So, meh nak cerita sikit apa yang ada dalam FBInstantSale.Com oleh Cikgu H ni…

Apa yang anda dapat...

  • Anda akan belajar cara untuk fokus pada buat sales sahaja. Tak main la pusing situ sini, kita terus straight untuk buat sales. Sale adalah jantung bisnes anda, tanpa jualan bisnes anda akan mati dan melingkup.. Ingat tu..
  • Kadang-kadang ramai orang yang tak tahu nak post apa kat fanpage diorang. So, result akhirnya antara dua; post benda-benda yang tak berkaitan atau tak post apa-apa lansung. Anda kena faham benda-benda ni. Kalau anda post main ikut suka jer, ada potensi untuk bakal pelanggan anda jadi pening contohnya, siapa yang dia kena hubungi, macam mana nak dapatkan produk anda, apa sebenarnya produk anda ni buat dan sebagainya. Bila bakal pelanggan anda rasa pening, mula la diorang tak jadi beli sebab rasa macam leceh pulak nak berurusan dengan anda.
  • Anda kena tahu cara nak setting iklan anda supaya anda boleh target orang yang sepatutnya sahaja dan dengan cara ini anda boleh pastikan kos iklan anda akan lebih murah dan keuntungan yang terhasil adalah lebih besar.
  • Teknik dot dot dot
  • Cara setting teknik dot dot dot
  • Dan banyak lagi…..

Banyak lagi sebenarnya kalau nak bercerita pasal produk ni. Tapi apa yang boleh disimpulkan produk ni memang terbaik.

Ini merupakan antara tutorial Fb Ads yang terbaik yang ajar dari A sampai Z satu-satu dan secara terperinci dalam Bahasa Melayu yang boleh anda dapatkan.

So, rebutlah peluang keemasan ini untuk belajar Teknik Pemasaran Facebook yang tak ditelan zaman ini.   🙂

Picit butang dibawah untuk maklumat lanjut.. Jangan lupa komen and share… 

FB Instant Sale

Baca ini juga...

Minda Bisnes : 1 Juta Idea Perniagaan Dari Rumah Yang Anda Boleh Cuba

Read more

1 Cara Rakyat Malaysia Ini Boleh Menjana Usd TANPA ke USA

Read more

Rahsia Income Affiliate Review

Read more

1 Teknik Cari Duit Tambahan Di Internet Yang Perlu Anda Tahu

Read more

Mahu Buat Duit Dengan Menulis?

Read more

Posted in Minda Pemasaran OnlineTagged , , , , , ,

Post a Comment