Style Switcher

Predefined Colors

1 Strategi Pemasaran Berkesan Yang Diabaikan Oleh Usahawan Malaysia

1 Strategi Pemasaran Berkesan Yang Diabaikan Oleh Usahawan Malaysia

Kebanyakan usahawan di Malaysia terlepas pandang akan 1 teknik ini. Anda kenal Frank Kern? Di dalam catatan Aqif Azizan, Frank Kern merupakan seorang Internet Marketer terkenal, beliau menggelarkan teknik ini sebagai  Strategi Pemasaran Berkesan.

1 TEKNIK – Tarik Minimum 10 Pelanggan Beli Produk Anda

Seperti semua sedia maklum, dalam perniagaan jualan adalah perkara yang perlu kita utamakan dan tekankan.

Sebab apa?

…Kerana, jualan membawa masuk duit ke dalam perniagaan anda. Tanpa jualan bisnes atau perniagaan anda akan melingkup atau bungkus.  🙁

Perkara ini telah acap kali kami tekankan dalam blog ini.. buat jualan, buat jualan dan buat jualan.

Dalam erti kata lain juga, Jualan adalah oksigen kepada bisnes anda, tanpa oksigen anda akan lemas, anda akan pitam dan tentunya anda akan mati.. 

…bisnes anda akan mati! Titik!

Apakah cara untuk buat jualan?

Baik!.

Yang pertamanya, cari pelanggan.

Bagaimana untuk mencari dan menarik pelanggan. Ok begini. Teruskan bacaan.

Untuk menarik pelanggan supaya membeli produk kita, gunakan teknik ini. Teknik “Fast Action Bonuses“.

Apa yang bagusnya, dengan menggunakan teknik dan strategi ini, kita dengan mudahnya dapat menarik minimum 10 orang pelanggan untuk membeli produk kita.

1 Teknik BERKESAN – Fast Action Bonuses

Apa itu “Fast Action Bonuses”?

Bonus tertentu atau istimewa, yang kita berikan kepada pembeli terawal.

Secara berperingkat, bonus istimewa ini kita tarik mengikut had kuota dan masa yang telah kita tetapkan.

Sebagai contoh, 10 orang pelanggan terawal yang membeli tudung jenama XYZ, akan menerima bonus ABC yang bernilai RM37.

Selepas cukup 10 pembeli, tarik bonus ABC tersebut.

Simple kan? Tapi ramai yang tak melaksanakan strategi pemasaran berkesan ini.

Dengan strategi ini, ‘peratus’ untuk anda memperolehi jualan tersangatlah tinggi. Tak percaya? 

Anda boleh praktikkan sekarang juga. 🙂

Nak lagi ummmphh lagi.. Praktikkan strategi ini bersama Panduan Facebook Ads ini.

Kesimpulannya..

Kesan daripada teknik ini, kita masih dapat mengekalkan harga asal tanpa menggunakan tawaran harga terhad.

..dan kita juga mahu pelanggan membeli produk kita dengan cepat berserta nilai tambah yang kita berikan kepada mereka.

Kesan dari Strategi ini anda apa yang anda dapat?

Sebenarnya anda akan dapat buat instant sale dan ‘instant customers‘.

Kesimpulannya, anda jangan abaikan Strategi Pemasaran Berkesan ini bermula dari sekarang.

Jika rasa post ini bermanfaat, sudi-sudikanlah picit butang share dibawah. Sharing Is Caring  😉

Baca Artikel Ini Pula..

Minda Bisnes : 1 Juta Idea Perniagaan Dari Rumah Yang Anda Boleh Cuba

Read more

1 Cara Rakyat Malaysia Ini Boleh Menjana Usd TANPA ke USA

Read more

Rahsia Income Affiliate Review

Read more

1 Teknik Cari Duit Tambahan Di Internet Yang Perlu Anda Tahu

Read more

Mahu Buat Duit Dengan Menulis?

Read more
Posted in Minda BisnesTagged , , , , , , ,

Post a Comment