Style Switcher

Predefined Colors

Cara Bagaimana Membina Facebook Ads

Teknik Bagaimana Membina Facebook Ads

Bukan nak suruh anda jadi artis superstar tetapi nak anda Bina Facebook Ads cara handal.

Sebelum kita membuat apa-apa iklan di Facebook, kita perlu tahu tiga perkara utama dalam membina Facebook Ads.

Ini adalah eleman penting bagi memastikan perjalanan iklan kita berjalan dengan lancar.

3 Perkara Utama Bagaimana Membina Facebook Ads:

#1 Produk

#2 Kenali Pelanggan

#3 Bajet

#1 PRODUK

Sebelum menjual di Facebook, kita perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu produk untuk dijual.

Antara produk yang boleh dijual di Facebook adalah :

Produk Digital

Produk Fizikal

Produk-produk ini, boleh jadi kepunyaan kita. Atau, kita jual produk orang lain, dan mengambil keuntungan atau komisen dari jualan yang terhasil.

Jika anda nak jual produk orang lain. Gunakan kaedah affiliate ini. Rahsia Income Affiliate Power!

APA ITU PRODUK DIGITAL?

Produk digital adalah produk yang boleh digunakan dalam medium elektronik. Biasanya, ia dalam bentuk ebook, audio, video, peta minda atau slide-show.

Untuk menjual produk digital, kita perlu tahu niche (jenis-jenis produk) yang laku keras di Internet. Antara niche yang laku keras adalah:

Buat Duit

Hubungan

Kesihatan

Kebiasaannya, niche di atas menjadi pilihan ramai pemasar Internet. Hal ini kerana, keuntungan yang diperoleh adalah tinggi.

Selain produk digital, kita juga boleh menjual produk fizikal.

APA PULA PRODUK FIZIKAL?

Produk fizikal adalah produk yang boleh kita pegang, bawa, bau dan rasa.

Contohnya, baju (seperti Baju Kurung), makanan (seperti Kek Coklat) dan mainan (seperti Teddy Bear).

Pemilihan produk fizikal yang menjadi pilihan orang ramai, memberi pulangan yang lumayan apabila kita mula menjualnya menggunakan Facebook Ads.

Antara jenis-jenis produk fizikal yang laku keras, adalah:

  • Produk Kecantikan
  • Produk Diet
  • Ubat Kuat
  • Baju
  • Seluar
  • Tudung
  • Jaket
  • Skirt
  • Barangan Bayi
  • Makanan
  • Produk Islamik (seperti Al-Quran Digital)

YANG KEDUA..

#2 Kenali Pelanggan Anda

Siapa sasaran pelanggan (target-market) kita? Sebelum beriklan di Facebook, kita perlu tahu siapa sasaran pelanggan kita.

Terbitkan soalan-soalan berdasarkan formula 5W1H:

  • When (Bila)?
  • Where (Di mana)?
  • Who (Siapa)?
  • Why (Mengapa)?
  • What (Apa)?
  • How (Bagaimana)?

 

Soalan:

Di mana mereka tinggal?

Siapakah yang boleh menggunakan produk ini?

Bilakah masa yang sesuai mereka menggunakan produk ini?

Mengapa produk ini penting untuk digunakan?

Apakah kelebihan yang bakal diperoleh dari produk ini berbanding dengan produk lain?

Bagaimana produk ini membantu menyelesaikan masalah mereka?

Selepas selesai menjawab soalan-soalan yang kita terbitkan, kita sudah tahu siapakah bakal pelanggan (prospek) yang akan kita cari.

Cara Membina Facebook Ads

Selepas kita mengetahui siapakah sasaran pelanggan kita, mari kita mula membuat iklan di Facebook.

Sebelum itu, senaraikan ciri-ciri sasaran pelanggan kita dengan mengisi maklumat di bawah:

Negara:

Bandar:

Umur:

Jantina:

Precise Interest:

Seterusnya..

Cara Membina Facebook Ads

Panduan…

Negara

Sekiranya kita mahu jual produk dalam Malaysia sahaja, taip Malaysia.

Sekiranya ingin menjual produk dalam dan luar Malaysia, taip Malaysia, Brunei, dan Indonesia.

Di atas adalah contoh sahaja. Sekiranya mahu jual selain daripada negara tadi, boleh nyatakan negara lain.

Bandar

Sekiranya mahu sasarkan satu-satu Bandar di Malaysia, tulis Kuala Lumpur.

Selain itu, boleh tulis bandar-bandar besar yang lain sekiranya kita mahu jual di negeri-negeri yang lain.

Umur

Cadangan umur yang ideal adalah di antara 25 – 55 tahun. Hal ini kerana, kuasa membeli di kalangan umur ini adalah tinggi.

Jantina

Tentukan jantina berdasarkan produk yang kita jual. Sekiranya ia sesuai untuk lelaki dan wanita, tulis Lelaki dan Perempuan.

Sekiranya ia adalah Baju Kurung, tulis Perempuan. Sekiranya ia adalah ubat kuat, tulis Lelaki.  Niche ubat kuat sangat pantang di FB.

Precise Interest

Ciri-ciri lain yang prospek kita miliki:

  1. Belajar di universiti mana.
  2. Bekerja di mana.
  3. Peminat artis/selebriti siapa.
  4. Jika meminati barangan, nyatakan jenama. Contoh; Barang=beg, Jenama=Gucci
  5. Orang yang berautoriti dengan produk yang kita jual. Contoh; Jual barangan berasaskan masakan, tulis Chef Wan dan lain-lain.
  6. Page yang selalu dilawati oleh prospek kita.

Contoh; Kita jual baju kurung.

Prospek kita adalah wanita yang melawati page, Saya Suka Menutup Aurat, First Lady, Baju Kurung Moden dan lain-lain lagi.

Nak lebih jelas lagi anda boleh tonton video melalui panduan dibawah, klik butang dibawah:

Video Panduan Facebook Ads

Yang terakhir, iaitu yang ketiga..

#3 Bajet

Pengiklanan di Facebook (Facebook Ads) terbahagi kepada dua (2) jenis:

  • Bajet Harian
  • Bajet Bulanan

Kedua-dua bajet ini, boleh digunakan ketika menggunakan Facebook Ads. Ia bergantung kepada bajet pemasaran yang kita ada.

Semakin banyak bajet yang kita ada, semakin banyak iklan yang boleh kita keluarkan.

Kebiasaannya, pengiklanan di Facebook (Facebook Ads), tidak menelan belanja yang banyak. Untuk permulaan, kita boleh bermula dari nilaian RM300.

Bajet Harian

Bajet harian adalah bajet yang kita tetapkan harga pengiklanan dalam masa satu hari.

Sebagai contoh, kita tetapkan pengiklanan sebanyak RM10 sehari. Jadi, setiap hari, iklan di Facebook akan berjalan sehingga habis kuota RM10 itu.

Apabila sudah habis kuota tersebut, pengiklanan akan berhenti pada hari itu. Dan, bersambung pada keesokan harinya dengan jumlah yang sama, iaitu RM10.

Kesimpulannya, kita boleh sediakan duit sebanyak RM300 untuk permulaan pengiklanan di Facebook (Facebook Ads).

Bajet Bulanan

Bajet bulanan lebih kurang sama dengan bajet harian. Cuma, bezanya dari segi bajet sahaja.

Selalunya, peniaga-peniaga besar, mempunyai bajet bulanan mereka sendiri untuk pemasaran produk mereka.

Bajet-bajet mereka besar dan banyak. Oleh itu, apa yang mereka buat, mereka akan tetapkan satu tempoh untuk satu-satu iklan di Facebook.

Sebagai contoh, bajet mereka adalah RM1,000 untuk pengiklanan di Facebook (Facebook Ads) sahaja.

Jadi, apa yang mereka lakukan, mereka tetapkan satu iklan itu selama 1 bulan (dari 1 Januari 20XX – 30 Januari 20XX).

Dengan bajet RM1,000 tersebut, iklan tersebut akan berjalan sebanyak mungkin kerana bajet yang banyak.

Dalam tempoh satu bulan itu, iklan tersebut akan habiskan bajet RM1,000 yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya, rancang bajet yang bakal kita keluar untuk memastikan bajet yang kita ada cukup untuk membuat iklan di Facebook (Facebook Ads).

Contoh Plan Bajet Facebook Ads

Plan Bajet Harian

  • Mula-mula, tetapkan bajet harian yang ingin kita keluarkan; RM5/RM10/RM15 sehari.
  • Gunakan formula [(Bajet Harian) x 30 hari = Jumlah bajet sebulan], untuk mengetahui jumlah yang perlu dikeluarkan untuk Facebook Ads.
    • Contoh: RM10 x 30 hari = RM300.
  • Kesimpulannya; untuk satu bulan, kita perlu sediakan wang berjumlah RM300 untuk pengikanan di Facebook (Facebook Ads) sekiranya bajet harian adalah RM10.

.

.

Plan Bajet Bulanan

  • Pengiraan bajet bulanan bergantung kepada bajet yang kita ada untuk pemasaran di Facebook.
  • Formula yang digunakan adalah; [(Jumlah bajet sebulan)/30 hari = Jumlah bajet harian].
  • Contoh: RM1,000/30 hari = RM33.33.
  • Daripada jumlah di atas, kita boleh lihat, bajet hariannya adalah RM33.33. Jadi, pengiklanan yang bakal keluar adalah banyak.
  • Sebagai contoh, satu iklan kita bayar sebanyak RM0.09. Dari jumlah RM33.33 itu, kadar keluaran iklan adalah sebanyak 370 kali dalam sehari.

KUASA BUAT DAN BUAT

Teknik ini tidak akan menjadi jika kita hanya sekadar duduk dan membacanya. Tunaikan kewajipan kita dengan pantas. Lakukan TINDAKAN.

Jika sekadar baca dan faham, kita tidak boleh membina Facebook Ads yang memberi jualan yang berlipat-lipat kali ganda.

Untuk menjana pendapatan yang lumayan melalui Facebook Ads, ini adalah antara ciri-cirinya;

  1. Baca dan faham ilmu pengiklanan di Facebook (Facebook Ads)
  2. Praktik
  3. Dan, nikmati hasil daripada tindakan yang kita buat

NAK TONTON VIDEO AGAR LEBIH JELAS DAN FAHAM?

Artikel ini adalah panduan asas untuk Membina Pengiklanan di Facebook (Facebook Ads).

Sekiranya anda ingin belajar Teknik Pemasaran Facebook Ads Yang Super Duper Power Dan Evergreen, Anda boleh terus dapatkan dengan klik butang oren dibawah.

Panduan Facebook Ads Powerful dan Evergreen!

Baca Artikel Ini Pula ...

Minda Bisnes : 1 Juta Idea Perniagaan Dari Rumah Yang Anda Boleh Cuba

Read more

1 Cara Rakyat Malaysia Ini Boleh Menjana Usd TANPA ke USA

Read more

Rahsia Income Affiliate Review

Read more

1 Teknik Cari Duit Tambahan Di Internet Yang Perlu Anda Tahu

Read more

Mahu Buat Duit Dengan Menulis?

Read more
Posted in Minda Pemasaran OnlineTagged , , , , , , , , ,

Post a Comment