Style Switcher

Predefined Colors

Minda Bisnes : 1 Juta Idea Perniagaan Dari Rumah Yang Anda Boleh Cuba

Sejuta Idea Perniagaan Dari Rumah Yang Terus Boleh Di Praktikkan

Saban tahun pelbagai perniagaan yang wujud di negara kita seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ada perniagaan yang sesuai dilaksanakan dengan kos yang rendah dan ada yang perlu dimulakan dengan kos yang besar. Tidak terkecuali perniagaan yang berbentuk ‘money-game’ dan berunsurkan ‘scam’. Menjadi satu kewajiban untuk anda menilai dan mengkaji perniagaan-perniagaan ini sebelum anda ceburi. Maka blog ohpixels.com pada kali ini akan kongsikan 1 Idea Perniagaan Dari Rumah yang mana memberikan pendapatan dan keuntungan kepada anda.

1 Juta Idea Perniagaan?

Tak dinafikan terdapat berjuta idea perniagaan di rumah yang boleh anda lakukan..

Tetapi blog ohpixels.com akan kongsikan 1 Idea Utama yang benar-benar anda boleh lakukan terus sekarang.

Sepertimana yang semua sedia maklum, keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos hidup yang tinggi menjadikan semua perlu mengambil langkah bijak dalam mencari peluang menambah pendapatan melalui perniagaan.

Idea Utama ini membuka Minda Bisnes dan ditujukan kepada mereka yang berminat untuk membina perniagaan tapi perniagaan yang dilakukan di kediaman@rumah sahaja.

 

IDEA UTAMA : PERNIAGAAN DALAM TALIAN

Ini adalah cara yang pertama yang anda boleh pilih. Cara untuk menjana wang di internet yang terdapat bermacam-macam cara untuk menjana wang di internet.

Anda boleh bermula dari menulis buku, menjual ubat gegat, krim kempis perut sehinggalah menjual tudung menggunakan medium secara online.

Teknik berniaga di dalam talian adalah teknik yang amat mudah dilakukan di rumah atau baru nak menceburi diri dalam bidang perniagaan dengan modal yang minimum.

Supaya anda tidak pening dengan Idea Utama ini, Ohpixels.com akan tunjukkan kepada anda bagaimana menjana pendapatan di rumah melalui perniagaan atas talian dan menerima pendapatan yang lumayan dan pasif.

Caranya Adalah Dengan Bermula Membina dan Menulis Blog

 

Membina dan menulis blog adalah salah satu cara yang mudah untuk anda membina pendapatan yang besar tetapi dengan modal yang kecil.

Dengan usaha sekali dan konsisten tetapi anda memperolehi pendapatan berkali-kali (Pasif Income). Bagaimana untuk memperolehi pendapatan berkali-kali dengan blog? 

Teruskan bacaan .. 

Bagaimana Untuk Memperolehi Pendapatan Dengan BLOG?

Langkah pertama untuk menjana pendapatan dengan blog adalah anda mesti tahu untuk membina sebuah blog dan menulis di blog.

.

.

.

1- MEMBINA BLOG – Daftar Platform Blog

Terdapat 2 platform untuk membina blog, iaitu PERCUMA dan BERBAYAR. Platform percuma anda boleh gunakan blogger. 

Tapi kami sarankan anda gunakan platform berbayar dengan menggunakan hosting dan domain sendiri. Dan cms WordPress untuk tetapkan sebuah blog.

Kenapa perlu gunakan hosting dan domain sendiri?

Objektifnya adalah supaya anda tidak terikat dengan peraturan dan syarat-syarat rumit yang diletakkan oleh platform percuma. Lagi pula jika menggunakan wordpress lebih mudah, kemas, lancar dan sangat banyak faedahnya.. 🙂

Tak Tahu Membina Blog Berbayar?

Ohpixels.com mencadangkan dan menyarankan untuk anda belajar dari sini, 120% recommendation : 

KLIK SINI >>  Kurang 24 Jam Anda Boleh Bina Blog Dan Website Anda Sendiri Dengan Kos Yang Paling Minima! <<

.

.

.

2- MENULIS DI BLOG

Semua orang mampu menulis dan salah satu medium untuk menulis adalah blog.

Blog adalah satu tempat atau ruang untuk menjana wang di internet dengan hanya menggunakan modal yang rendah.

Untuk menulis di blog anda tidak perlu menggunakan bahasa tahap tinggi, cukup sekadar bahasa yang mudah difahami oleh pembaca dan tatabahasa yang betul. 

Kaedah Buat Duit Dengan Menulis Blog?

Sangat ramai sekarang ini yang mengetahui strategi pemasaran online berkesan yang memerlukan Khidmat Penulis Artikel Di Blog.

Anda boleh menyediakan perkhidmatan bagi penulisan untuk peniaga-peniaga yang ingin mempromosikan produk mereka

Anda boleh menjadi ‘ghost writer’ atau penulis kedua untuk penerbitan buku ilmiah dan bermacam-macam lagi idea menjana pendapatan di rumah dengan khidmat penulisan

Sekiranya anda tak tahu bagaimana untuk bermula dan tak tahu bagaimana untuk menulis, Jangan risau!

Semua strategi ini dikongsikan oleh Tuan Aqif Azizan melalui panduan beliau yang mendedahkan Cara Bagaimana Menjana Pendapatan RM1000 Sebulan menerusi khidmat penulisan.

Klik banner dibawah. 120% recommendation : 

 

Setelah anda berjaya melakukan langkah pertama iaitu Tahu Membina Blog dan Tahu Menulis di Blog kita ke Langkah Kedua pula.

Langkah Kedua, Hasil dari blog yang anda bina tersebut anda boleh menjana pendapatan melalui .. 

a) Pemasaran Affiliate

b) Iklan Google AdSense

Blog boleh diumpamakan seperti satu aset yang mempunyai pelbagai rangkaian untuk anda menjana pendapatan internet hanya di rumah sahaja.

Rangkaian pertama untuk menjana duit melalui blog adalah melalui pemasaran Affiliate.

Apa itu Pemasaran affiliate?

 

A) PEMASARAN AFFILIATE

Pemasaran Affiliate bermaksud kita mempromosi produk digital atau fizikal orang lain. Sekiranya hasil dari promosi yang dilakukan oleh anda terdapat jualan, anda akan diberi ganjaran dalam bentuk komisyen mengikut jumlah unit yang dijual. 

Jumlah komisyen selalunya ditentukan antara 30-50% daripada harga jualan produk digital tersebut, kebiasaanya dalam 50%.

Terdapat banyak program affiliate yang ditawarkan di dalam negara dan juga di luar negara. 

Pendaftaran untuk menyertai program affiliate tersebut tidak dikenakan sebarang kos, hanya percuma.

Apakah kebaikan Affiliate ..

  • Tidak perlu simpan produk dibawah katil
  • Tak perlu ke pejabat pos untuk mengepos barang
  • Tak perlu nak handle pelanggan selepas aktiviti jualan dilakukan
  • Hanya perlu letakkan ‘Link Affiliate" di blog anda sahaja.

 

Bagi platform program affiliate di Malaysia yang anda boleh sertai adalah seperti Klikjer.com dan Onpay.my

Bagi luar negara pula seperti Clickbank, JvZoo, WarriorPlus, Clicksure Amazon Associates dan banyak lagi.

Kami ringkaskan kaedahnya seperti ini:

i) Bina Blog 

ii) Tulis artikel di blog, review tentang produk tersebut.

iii) Sebarkan artikel blog melalui laman sosial dan lain-lain medium.

iv) Sekiranya ada jualan, anda akan menerima komisyen dari jualan tersebut. 😉

Nak BELAJAR 4 Kaedah utama yang para sifu dan otai buat untuk jana income melalui affiliate?

KLIK SINI >> RAHSIA INCOME AFFILIATE <<

 

 

B) IKLAN GOOGLE ADSENSE

Sumber pendapatan daripada blog yang seterusnya adalah dari IKLAN. Iaitu meletakkan iklan di blog yang anda bina

Dalam erti kata yang lain adalah Google Adsense.

pendapatan-google-adsense
Google Adsense atau AdSense adalah satu perkhidmatan pengiklanan yang ditawarkan oleh google kepada para blogger dan youtubers.

Sekiranya anda mempunyai blog, Anda boleh memohon untuk menyertai program Adsense melalui pendaftaran dibawah.

>> DAFTAR GOOGLE ADSENSE <<

.

.

Bagaimana Untuk Menjana Pendapatan Melalui Google adsense?

Iklan yang dipaparkan oleh google terdiri dari beberapa bentuk iaitu paparan Teks, Video atau Iklan bergambar.

Sekiranya ada pengguna dari blog anda yang klik iklan dari google adSense, sebagai balasan Google akan memberikan anda komisyen.

Komisyen adalah berdasarkan jumlah klik yang diterima dari pengunjung blog, biasanya 1 klik dinilai diantara 1 sen hingga 50usd, bergantung kepada jumlah pelawat dan jenis niche blog anda.

Komisyen adalah dibayar dalam nilai USD.

Nak BELAJAR Panduan Google Adsense Pertama Dalam Bahasa Malaysia? Picit banner dibawah.

Sebenarnya terdapat ramai pemain Adsense di Malaysia ini yang menjana pendapatan sehingga 5 angka yang menggunakan strategi dan peringkat yang lebih tinggi, tetapi mereka-mereka ini lebih bersifat berdiam diri dan senyap(underground)

Sumber Pendapatan Dari Blog Bukan Hanya Dari Situ Sahaja sebenarnya..

 

Kita beralih kepada Pendapatan dari Produk Fizikal dimana platformnya adalah Blog.

.

.

.

PENDAPATAN DARI NICHE BLOG

Niche blog adalah laman web(blog) yang fokus kepada satu topik atau produk tertentu sahaja.

Artikel dan maklumat di blog tersebut hanya memberi tumpuan kepada satu-satu topik yang mensasarkan golongan tertentu.

 

Selalunya niche blog ini berbentuk blog minat dan hobi.

Antara contohnya seperti blog pengumpul gundam, blog kecantikan kulit, blog peminat haiwan peliharaan dan lain-lain lagi.

.

.

.

Bagaimana untuk menjana pendapatan melalui niche blog ini?

Untuk menjana pendapatan melalui niche blog ini, caranya adalah menjadikan blog anda itu sebuah kedai online dimana blog di dalamnya terdapat sebuah kedai online.

Apabila anda membina blog melalui kaedah berbayar iaitu menggunakan aplikasi WordPress, anda boleh upgrade blog anda menjadi sebuah kedai online dengan menggunakan plugin WooCommerce.

Plugin WooCommerce ini menjadikan blog anda menjadi sebuah kedai online yang lengkap dengan sistem inventori, borang tempahan produk, pengurusan pembayaran, pengurusan penghantaran dan banyak lagi sistem penting untuk kemudahan sebuah kedai online.

Setelah anda mempunyai kedai online, langkah seterusnya adalah ‘add’ produk ke dalam kedai online anda. Produk-produk yang anda masukkan itu mestilah produk dalam kategori atau niche yang sama.

Apabila sebut tentang kedai online pastinya bermain di minda anda modal yang besar dan perlu simpan stok yang banyak kan?

Sebenarnya tidak, Jangan risau dan bimbang. Perniagaan model ini tidak memerlukan modal yang besar dan boleh dilakukan di rumah sahaja.

Anda tidak perlu mengeluarkan wang simpanan, tidak perlu membuat pinjaman bank mahupun Ahlong. Lebih menarik lagi, tak perlu simpan stok produk.

Teknik ini dinamakan Dropshipping Kedai Online USD.

Perniagaan Tanpa Modal : Dropshipping

.

.

Dropshipping adalah satu kaedah dimana anda tidak menyimpan produk, Anda hanya perlu ‘deal’ dengan suplier produk yang anda ingin promosi. Bila terdapat jualan anda hanya transfer duit dan alamat pembeli kepada pembekal sahaja.

Urusan penghantaran akan dilakukan oleh pembekal.

Anda tidak perlu menyimpan stok, Anda hanya perlu letakkan gambar, maklumat produk, harga produk dan promosikannya melalui kedai online. Simple!

Dropship adalah satu model perniagaan yang mudah kerana anda hanya perlu tetapkan kedai online, mendapatkan traffic(pengujung) dan menghantar pesanan kepada pembekal sekiranya ada jualan. Itu sahaja.

Anda tidak perlu risau berkenaan dengan stok, inventori, pembungkusan, penghantaran atau pengendalian. Semua itu diuruskan oleh pembekal sahaja.

Model perniagaan ini boleh disasarkan ke pasaran tempatan mahupun pasaran antarabangsa.

Untuk mendapatkan maklumat percuma tentang ini, Anda boleh download panduan ini disini.

DOWNLOAD Sekarang! >> Panduan Kedai Online USD << 

.

.

.

Setakat ini dulu perkongsian berkenaan idea perniagaan yang anda boleh lakukan di rumah. 

Saya mohon anda tekan butang share dibawah semoga kawan-kawan anda yang lain juga mendapat manfaat yang sama.. 🙂

Sekiranya ada persoalan yang bermain di minda, anda boleh tanya di ruangan bawah.

 

Baca Lagi Artikel Menarik dibawah :

Minda Bisnes : 1 Juta Idea Perniagaan Dari Rumah Yang Anda Boleh Cuba

Read more

1 Cara Rakyat Malaysia Ini Boleh Menjana Usd TANPA ke USA

Read more

Rahsia Income Affiliate Review

Read more

REVOLUSI DROPSHIPPING SHOPIEVO 2.0 – POW DUIT MAT SALEH!!

Read more

Model Bisnes Dropship E-commerce

Read more
Posted in Minda BisnesTagged , , , , , , , , , , , , , , ,

8 COMMENTS

Sharifah sulaiman - posted on October 2, 2017 12:09 am

O
Mcmana klau nak guna kupon tu dan nak langgan wooexpress tlg explain

Reply
syahrul85 - posted on October 4, 2017 1:06 pm

Terima kasih atas pertanyaan puan.. Ok!..Puan boleh gunakan kod kupon “SyahrulAnuar”..

Puan hanya masukkan kod kupon dibahagian kupon di page pembayaran. Dan kemudian klik Apply.. 🙂

Reply
Azul - posted on October 18, 2017 8:00 am

ilmu yang disampaikan oleh sifu syahrul amat jelas dan baik. saya akan menggunakan ilmu yang diajar oleh sifu dengan bersungguh-sungguh.

terima kasih sifu

Reply
syahrul85 - posted on October 18, 2017 8:17 am

saya bukan sifu… hanya berkongsi 🙂

Reply
Adzin - posted on October 18, 2017 11:39 am

iLmu yang diatas ni sangat berharga dan bernilai. Terima kasih sebab berkongsi tuan. Saya sgt menghargai.

Reply
syahrul85 - posted on October 18, 2017 11:43 am

Sama-sama 🙂

Reply
safiah adibah - posted on November 20, 2017 5:41 am

Oooooo baru tau..saya pun baru berjinak-jinak dalam dunia blogging ni. Tq for sharing!

Reply
syahrul85 - posted on November 20, 2017 10:14 am

Sentiasa terus ambil tindakan dan istiqamah .. Pastikan jangan tumbang separuh jalan cik.. Saya doakan yang baik-baik 🙂

Reply

Post a Comment