Style Switcher

Predefined Colors

Cara Buat Website Sendiri Yang Mudah Sangat-Sangat

Cara Buat Website Sendiri Yang Mudah Sangat-Sangat

Hai.. Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi dengan anda cara untuk membuat website yang sangat-sangat mudah tapi, dari segi kualitinya setanding dengan website-website yang berharga ribuan ringgit. Saya akan bahagikan Cara Buat Website Sendiri ini kepada tiga bahagian iaitu bahagian Setup, Design dan Publish.

Didalam tiga bahagian ini anda akan belajar hampir kesemua benda yang diperlukan untuk menjadikan website anda tersebut berfungsi dengan baik dan juga menarik.

Serta nampak lebih daripada sekadar website biasa.

Sebelum tu, saya nak beritahu anda siap-siap yang tips ni sesuai untuk mereka yang baru, yang tak pernah buat website dan untuk mereka yang dah power tapi nak belajar cara simple ni.

Anda dah bersedia? Jom mula!

Bahagian 1: Setup

1.1 Pemilihan Niche

Dalam bahagian ini, anda akan belajar perkara yang paling asas.

Perkara asas yang diperlukan untuk anda membina sesebuah website.

Untuk membina website, perkara pertama yang anda perlu buat adalah.. tetapkan ‘niche‘.

Iaitu dengan memilih apakah jenis ‘niche’ website yang anda ingin bina.

 

 

Apakah itu niche?

Niche boleh diibaratkan sebagai satu kelompok @kategori.

Niche terbahagi kepada beberapa jenis iaitu ..

  1. Niche Evergreen
  2. Niche Trending / Musim
  3. Micro Niche / Demografik yang kecil

Niche Evergreen

Niche Evergreen, Contoh niche evergreen adalah seperti ..

Sukan (bolasepak, badminton, tenis, golf dan lain-lain)

Musik ( Cara bermain gitar, bermain piano, dan sebagainya)

Hobi ( Memancing, berkebun, fotografi, tanam bunga dan lain-lain)

DIY (membina reban ayam, kandang kambing, membaiki motosikal dan lain-lain

Bahasa (belajar bahasa inggeris, bahasa jepun, cina dan lain-lain)

 

 

Niche Trending / Bermusim

Niche trending atau bermusim ini adalah untuk jangka masa yang pendek.

Kalau nak buat duit, kena buat duit cepat-cepat dengn niche ni. Takut-takut, bila lama-lama akan jadi basi… 😉

Ini bermaksud anda boleh buat untung tetapi dalam jangka masa yang singkat sahaja.

Antara contoh niche ini adalah …

– Arsenal Vs Menchester United

– Permainan game (Warcraft, DOTA dan sebagainya)

– Gadjet terbaru

– Tudung artis

Fenomena Avengers, Justice League

– Berita sensasi seperti GST, bonus, pilihanraya dan sebagainya

 

Micro Niche / Demografik yang kecil

Micro niche bermaksud niche yang demografinya berskala kecil.

Contoh niche jenis ini ..

– Permainan robotik

– Binatang peliharaan exotic

– Pemasangan filter air mahal di rumah

– Sewa kereta mahal

– Permainan belon udara

Apakah kelebihan menetapkan niche untuk website anda?

  1. Kelihatan Pro dan menampakkan anda pakar dalam niche anda
  2. Mudah dikenali dan diingati
  3. Mudah untuk segmenkan pelanggan 
  4. Mudah dapatkan pelanggan ideal
  5. Mudah untuk anda buat jualan kesan dari 4 perkara diatas 🙂

 

Jadi kami sarankan anda WAJIB lakukan part Pemilihan Niche ini.

Selesai pemilihan niche kita ke fasa seterusnya iaitu pembelian domain. Jom..teruskan bacaan..

1.2 Membeli domain

Domain atau bahasa mudahnya adalah nama website anda.

Sebagai contoh, google.com, youtube.com, ohpixels.com , fbinstantsale.com dan apa-apa yang ada .com, .net, .org, .online dan sebagainya itu merupakan “domain".

Dalam banyak-banyak dot yang ada.. [dot]com dan [dot]net merupakan yang paling popular dan mempunyai authority yang tinggi pada mata pengguna.

Anda boleh pilih dan semak nama domain anda.

Dah pilih satu domain untuk website anda?

Sekarang anda perlu pergi ke salah satu antara dua website ni Godaddy.com atau Namecheap.com.

Dua website ni adalah 2 website yang secara peribadinya saya suka untuk saya membeli domain.

Sebelum tu, pastikan anda mendaftar akaun paypal terlebih dahulu untuk memudahkan urusan jual beli domain anda di dua website tersebut.

1.3 Memilih hosting

Setelah selesai membeli domain, tibalah masa untuk anda membeli hosting.

Hosting ni merupakan tempat untuk anda siarkan website anda.

Benda ni merupakan benda yang wajib anda ada untuk pastikan website anda boleh diakses oleh orang lain.

Pemilihan hosting ini sangat penting kerana ia akan menentukan beberapa perkara:

  • Kelajuan website anda diload
  • Kelajuan untuk orang mengakses website anda
  • Berapa banyak gambar, data dan sebagainya boleh ditampung oleh website anda
  • Mengelakkan website anda daripada asyik down

 

Ada banyak servis hosting yang hebat-hebat yang anda boleh pilih.

Antaranya ialah A2Hosting dan juga GBNetwork.

Dua website ini merupakan pakar dalam servis hosting dan kualiti servis dan support mereka adalah sangat-sangat tip-top. 🙂

Biasanya banyak pakej yang ditawarkan oleh mereka.

Anda perlu bijak dalam memilih pakej supaya anda mendapat apa yang anda perlukan dan anda tidak perlu membayar lebih.

1.4 Memilih theme

Disinilah rahsia yang akan menjadikan Cara Buat Website Sendiri ini menjadi sangat mudah kerana dengan adanya theme, anda boleh pilih custom templates yang hanya perlukan sedikit pengubahsuaian dan editing dari anda.

Anda boleh memilih template yang anda rasakan sesuai dengan niche website anda.

 

Ada banyak tempat untuk anda dapatkan theme.

Antaranya ialah menerusi themeforest dan juga envato.

 

Anda perlu mencari theme yang sesuai dengan wordpress.

Anda tak pernah dengar wordpress?

 

APA ITU WORDPRESS?

WordPress ni merupakan platform yang anda akan gunakan untuk design website anda nanti.

Lepas ni kita akan sentuh lebih lagi mengenai wordpress.

Cara mudah untuk anda mencari theme yang sesuai untuk wordpress dan berkaitan dengan niche anda, anda boleh search di Google macam ni “superhero store wordpress theme” dan akan keluarlah pilihan yang berkaitan dengan apa yang anda cari.

Sama juga kalau anda search di themeforest atau envato, search benda sama. 🙂

 

Saya nak ingatkan anda, lebih baik anda pilih theme yang jenis lifetime. Senang di kemudian hari nanti..

Anda boleh gunakan untuk seberapa domain dan website yang anda inginkan.

Harus diingat juga bahawa segala bayaran adalah dalam USD (US Dollar).

1.5 Install dan Setup Wordpress

Dalam bahagian ini, anda perlu login ke cpanel hosting anda dan pilih domain anda.

Masukkan details yang diperlukan dan kemudian install wordpress ke dalam website anda.

Bahagian 2: Design Website Anda

2.1 Install theme

Lepas anda dah setel install wordpress ke dalam website anda, anda perlu login kedalam wordpress anda.

Bagaimana caranya?

Anda perlu tambahkan di hujung domain anda benda ini: /wp-login.php atau /wp-admin

Sebagai contoh, abc.com/wp-login.php. atau abc.com/wp-admin

Kemudian anda perlu login ke website anda. Login details ni adalah benda apa yang anda isi ketika anda setelkan bahagian install wordpress tadi.

 

Setelah berjaya login, anda akan dibawa ke dashboard website anda.

Dibahagian kiri, klik “appearance” dan anda akan jumpa “theme”.

Klik bahagian tersebut. Kemudian, klik “upload”.

Cari file theme anda. Tinggalkan dalam bentuk .zip file dan upload dalam bentuk itu juga.

Setel proses upload dan extract, anda akan dapat melihat nama theme anda pada dashboard tersebut.

2.2 Lihat Demo Page Yang Disediakan

Sebaik sahaja proses upload theme tersebut selesai, anda akan melihat homepage website anda akan berubah sama sekali.

Ia akan berubah kepada website demo seperti yang diberikan oleh theme anda.

Plan apa yang perlu dikekalkan dan apa yang perlu diubah pada demo site tersebut.

Anda juga boleh check satu-satu page yang disediakan didalam website demo tersebut.

Lakukan perkara yang sama, apa yang perlu dikekalkan anda kekalkan dan apa yang tidak perlu, delete sahaja. 🙂

2.3 Design Semula Website Seperti Yang Anda Inginkan

Dah ada imaginasi atau idea macam-mana website yang anda inginkan?

Sekarang klik pada bahagian atas page yang sedang anda buka dan anda ingin edit, ada satu bahagian diatas yang dinamakan “edit page with visual composer”.

Klik bahagian tersebut. Anda akan dibawa kepada bahagian edit-mengedit website.

 

Visual composer ni berperanan untuk menjadikan proses editing website tersangat la mudah.

Anda hanya perlu drag & drop elemen yang ada perlukan dan anda boleh menambah rows & columns  dan anda boleh juga delete mana-mana yang anda tak perlukan.

2.4 Banyak main gambar

Ni untung kalau anda mahir dalam Photoshop dan edit-edit gambar.

Kalau anda tengok website yang hebat-hebat ni biasanya grafik dia tu tip-top.

Bagi anda yang tak berapa pro bab-bab edit gambar ni, takde hal.

Anda boleh cover dengan berikan content yang padu dan produk yang luarbiasa.

Bahagian 3: Publish

Bahagian ini tak banyak sangat nak dibincangkan, anda hanya perlu klik di homepage atau di menu utama dashboard anda untuk anda jadikan website anda live.

Pada permulaannya website anda akan memaparkan “This page is under construction”, “coming soon” dan yang sewaktu dengannya.

 

Okay. Tu sahaja untuk artikel kali ini berkenaan cara buat website sendiri.

Anda perlu kuasai selebihnya atau google beberapa benda untuk menguatkan lagi skil anda.

Artikel ini hanyalah memberikan flow cara buat website sendiri yang sangat mudah dan berkongsi cara-cara penting ketika anda membuat website serta perkara-perkara yang anda perlu berikan perhatian yang lebih.

 

Sekiranya nak JALAN PINTAS anda boleh belajar disini..

Bagaimana Dalam Masa Kurang 24 Jam Anda Boleh Bina Blog Dan Website Anda Sendiri Dengan Kos Yang Paling Minima!

atau picit butang dibawah…

 

MAHIR Buat WEBSITE Kurang 24 Jam dengan KOS MINIMA!

Sebelum terlupa, Selain anda belajar Cara Buat Website Sendiri.. Saya nak anda belajar dan baca ini juga.. Panduan Buat Duit Dengan Website eCommerce yang Super Duper POWERRRRR…

Sangat recommended!!!!!

 

Cuba anda tengok dan baca artikel ini dahulu mana tahu berkenan di hati.

atau picit butang dibawah..

 

 

REVOLUSI DROPSHIPPING - POW DUIT MAT SALEH!

Baca ini pulak...

Minda Bisnes : 1 Juta Idea Perniagaan Dari Rumah Yang Anda Boleh Cuba

Read more

1 Cara Rakyat Malaysia Ini Boleh Menjana Usd TANPA ke USA

Read more

Rahsia Income Affiliate Review

Read more

1 Teknik Cari Duit Tambahan Di Internet Yang Perlu Anda Tahu

Read more

Mahu Buat Duit Dengan Menulis?

Read more

Posted in Minda Pemasaran OnlineTagged , , , , , , , , ,

Post a Comment