Berjumpa lagi kita dalam artikel kali ini. Dalam artikel kali ini kita akan membincangkan lagi cara berkesan untuk buat duit dengan internet. Jika sebelum ini, kita membincangkan mengenai Flippa iaitu satu platform yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kemahiran membuat website untuk menjana pendapatan menerusi internet. Kali ini pula kita akan fokus kepada kemahiran yang lebih mudah iaitu menulis. Ramai orang yang pandai menulis dan rajin menulis. Tapi sayangnya ramai yang tidak pandai untuk memanfaatkan kemahiran mereka tersebut untuk Buat Duit Dengan Menulis. Ayuh! jadikan menulis itu sebagai salah satu antara sumber pendapatan bulanan anda.
Anda minat menulis?
Anda boleh menjalankan servis ini didalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Jika anda mempunyai kemahiran dalam bahasa yang lain, lagi menarik macam tu. Maksudnya, anda tidak terhad untuk beberapa bahasa sahaja.
Copyright: Image by StockUnlimited
Pertama sekali, anda perlu rajinkan diri untuk membaca.
Kenapa perlu kerapkan diri anda untuk membaca? Bila anda sudah mula untuk mempromosikan servis penulisan anda, anda perlu rajin membaca untuk mendapatkan informasi bagi membantu penulisan anda.
Penulisan bersandarkan pada fakta adalah perlu untuk menjamin kualiti penulisan anda. Bila anda sudah mula mendapat pelanggan, mereka akan meminta anda menulis apa yang mereka mahukan bukannya meminta anda menulis sesuatu yang anda suka.
Contohnya, anda suka menulis mengenai makanan, pelanggan anda bukan mencari anda untuk anda menulis mengenai makanan sahaja.
Pelanggan mungkin akan mengupah untuk menulis mengenai kereta, kesihatan, cara buat duit dan sebagainya.
Macam mana nak cari idea jika anda perlu menulis artikel dalam bidang-bidang yang bukan minat anda?
Mudah jer benda tu. Bukan hal besar. Anda boleh Google jer semua benda tu. Tapi, jangan sesekali anda tiru bulat-bulat artikel yang anda Google tu. Ok?
Betul. Anda kena banyakkan menulis, Cuba untuk menulis 500 patah perkataan dalam masa satu jam dahulu. Minta apa-apa tajuk daripada keluarga anda, rakan-rakan di media sosial atau daripada sesiapa sahaja.
Cabar diri anda.
Perlahan-lahan kurangkan masa tersebut. Dari 500 patah perkataan dalam masa satu jam menjadi 30 minit.
Kemudiannya 15 minit dan cuba untuk siapkannya dalam masa 10 minit. Tapi, anda kena pastikan yang penulisan anda tidak merapu, tersusun, cantik gaya bahasa, kena dengan gaya penulisan yang pelanggan mahukan dan menepati tajuk.
Jika langkah sebelum ini anda buat, iaitu kekerapan membaca dengan sepenuh hati. Anda pastinya perasan akan beberapa perkara.
Antaranya ialah gaya penulisan. Menerusi pembacaan, anda dapat mengenalpasti dan menguasai beberapa jenis gaya penulisan yang anda boleh disesuaikan dengan tajuk yang diminta oleh pelanggan dan anda juga mampu untuk menghasilkan satu gaya penulisan anda yang tersendiri. 🙂
Apa pentingnya gaya penulisan ini sebenarnya?
Ia adalah untuk menjadikan sesebuah artikel yang ditulis anda itu mampu ‘menjentik’ emosi pembaca.
Yang menariknya lagi, bentuk penulisan yang ditulis itu seolah-olah anda sedang berbicara secara berhadapan dengan pembaca.
Selalunya, bahagian inilah yang menjadi masalah buat ramai orang.
Semuanya kerana malu. Malu bila promosi, orang akan kata macam-macam.
Ramai juga yang takut. Takut jika tiada sambutan.
Jangan risau. Usaha dahulu.
Anda boleh join mana-mana group yang berkaitan bisnes di facebook dan juga mana-mana forum untuk anda promosikan servis anda. Buka servis anda pada harga rendah dahulu sebagai permulaan dan pengenalan.
Kumpul testimoni sebanyak mungkin.
Ia sangat penting sebenarnya untuk memberikan refleksi kualiti penulisan anda. Kongsikan penulisan anda dalam bentuk gambar untuk mengelakkan ia daripada dicopy oleh orang lain. Mudah kan?
Copyright: Image by StockUnlimited
Nak ketahui cara bagaimana untuk anda mampu mencipta kekayaan dengan cara yang lebih pantas dengan MENULIS?
Shhhh… Ini sebenarnya adalah teknik ‘sulit’ yang disimpan oleh orang-orang kaya diluar sana dan selalunya tidak dihebahkan kepada anda dan umum.
Mereka mengecapi pendapatan yang lumayan dengan pantas hanya melalui penulisan mudah.
Melalui penulisan mereka mecipta nama.
Melalui penulisan mereka mencipta kekayaan.
Melalui penulisan pelanggan mengejar mereka untuk berurusniaga.
Nak tahu apa rahsia ‘sulit’ mereka?
Picit butang oren dibawah…
Ada 2 pilihan.
Anda juga boleh belajar disini.
Belajar bagaimana untuk menghasilkan pendapatan RM1000 sebulan dengan menulis. Picit banner dibawah..
Kesimpulannya, anda dah dapat ‘blueprint’ bagaimana untuk buat duit dalam arena penulisan. So jangan tangguh-tangguh lagi.
Mulakan hari ini juga strategi yang kami kongsikan. nak recap? Jom recap apa yang anda patut buat dari mula.
Pertama, rajinkan membaca.
Kedua, kerapkan diri anda untuk menulis
Ketiga, Promosi.
Itu sahaja.
Dan untuk lebih sistematik dan lebih cepat untuk buat duit dengan penulisan anda boleh langgan ebook syam dan juga ebook Aqif Azizan.
Semoga berjaya. 😉
Sekiranya ada persoalan dan perkongsian anda just komen di ruangan bawah. Jom kongsi-kongsi.
Copyright 2018 Ohpixels.Com | All Rights Reserved