Style Switcher

Predefined Colors

6 Bisnes Modal Kecil Tetapi Potensi Besar

6 Bisnes Modal Kecil Tetapi Potensi Besar

Anda pasti pernah memikirkan mengenai jenis perniagaan yang sesuai untuk anda jalankan bukan? Macam-macam jenis perniagaan yang anda boleh jalankan sebenarnya tetapi apa yang menjadi halangan pastinya dari segi modal kerana kebanyakan bisnes (pada pandangan anda) memerlukan modal yang tersangat besar. Disinilah dimana ramai dikalangan kita terutamanya rakyat Malaysia melakukan kesilapan. Kesilapan pertama, anda terlalu memandang bisnes-bisnes yang “high-class” dan memerlukan modal yang besar, kemahiran yang tinggi serta ilmu yang mendalam dalam pengurusan perniagaan. Kesilapan kedua, anda tak nampak Bisnes Modal Kecil yang boleh anda lakukan!

Modal kecil = Bisnes kecil

Jangan pandang rendah pada bisnes kecil. Kerana dari sini lah anda akan naik secara perlahan-lahan untuk mengembangkan bisnes anda ke tahap yang lebih tinggi.

Tiada salahnya untuk anda bermula dengan bisnes kecil kerana anda tidak akan menanggung risiko kerugian yang besar.

Untuk menguruskannya juga tidak terlalu rumit dan anda juga boleh dapatkan waktu yang lebih fleksibel untuk anda menjalankan bisnes tersebut.

Sebagai contoh, anda pastinya pernah mendengar mereka yang datang dari negara-negara seperti Bangladesh dan Indonesia ke negara kita yang menjalankan bisnes kecil seperti memotong rumput tetapi berjaya menjana pendapatan lumayan sehingga RM4000-5000 sebulan!

Jadi dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda 6 jenis bisnes modal kecil yang anda boleh lakukan. 6 bisnes ini merupakan antara bisnes yang paling rendah risiko serta paling mudah untuk anda uruskan.

1 . Bisnes Dropship

Dalam banyak-banyak jenis bisnes kecil tetapi mempunyai potensi yang sangat besar, bisnes dropship pastinya yang paling menguntungkan.

Anda boleh jadikan bisnes ini sebagai bisnes tanpa modal ataupun dengan sedikit modal.

Segalanya bergantung pada cara anda menjalankan “marketing” anda.

Jika anda menggunakan media sosial, anda boleh terus mempromosikan barangan anda dengan menggunakan akaun peribadi anda. Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan kos “marketing” anda.

Satu cara lagi adalah menggunakan “features” yang ada pada sosial media seperti FB ads dimana anda akan melakukan iklan dengan menggunakan medium Facebook.

Jika anda meggunakan cara “marketing” seperti ini, anda perlu keluarkan modal bergantung pada “target audience” anda.

Tetapi jika anda tak nak duit anda ‘hangus terbakar’ dengan facebook ads, kami sarankan anda follow panduan Cikgu H ini.–>  Teknik Evergreen Facebook Ads by Cikgu H.

Selain media social seperti facebook, produk dropship juga boleh dipromosikan melalui instagram.

Bagi anda yang dalam kategori “insta famous(mempunyai kumpulan pengikut anda yang tersendiri). Anda boleh promosikan kepada followers anda.

Tetapi satu perkara yang anda perlu ingat adalah, walaupun anda “famous” tidak bermaksud apa sahaja barang yang anda promosikan akan dapat dijual kerana ada kemungkinan barang yang anda promosikan tidak bersesuaian dengan mereka yang “follow” anda.

Untuk pengetahuan anda juga, menerusi bisnes dropship, anda boleh naik ke level agen dan kemudiannya menjadi stokis.

Ramai yang bermula dengan dropship dan sekarang telah menjadi jutawan serta juga mempunyai jenama mereka sendiri.

Lihat screenhot dibawah.

Gambar gif diatas adalah hasil jualan dari bisnes dropship yang dijalankan menggunakan strategi dropship ecom.

Sekiranya anda nak belajar terus picit butang oren dibawah

Belajar Bisnes Dropship Cara Pro

Berminat nak buat bisnes dropship produk kelelakian?

Jika berminat boleh klik link whatsapp ini :

http://agenda.wasap.my

2 . Menjadi Tutor

Bisnes ini hampir sama seperti membuka pusat tuisyen cuma ia lebih kepada skala yang lebih kecil dimana anda seorang sahaja yang mengajar.

Hal ini adalah perlu untuk permulaan kerana anda tidak perlu memikirkan tentang gaji tutor yang lain dan anda tidak perlu juga untuk memikirkan mengenai kos sewa pusat tuisyen serta kos-kos lain seperti elektrik dan sebagainya.

Bisnes seperti ini memerlukan anda mempunyai kelayakan untuk mengajar subjek-subjek yang berkaitan sahaja.

Anda perlu sediakan bahan pembelajaran dan cuba “deal” untuk dapatkan masa serta kadar bayaran yang tidak mengganggu masa anda dan juga pelajar anda.

Cara yang paling mudah untuk anda promosikan bisnes sebegini adalah dengan meminta tolong daripada guru-guru sekolah anda untuk menghebahkan kepada para pelajar mengenai servis anda.

Tiada kos “marketing” diperlukan dengan cara ini.

Anda juga boleh keluarkan sedikit wang untuk menempah “banner” mengenai servis anda dan pasangnya di kawasan yang sentiasa orang lalu-lalang di kawasan perumahan anda.

3 . Bisnes Air Balang

Kawasan paling strategik untuk anda menjalankan bisnes ini adalah diluar kawasan sekolah atau anda boleh dapatkan “tender” dimana-mana “food court” atau kawasan kafe institusi pengajian.

Modal yang anda perlukan sangat-sangat lah rendah.

Sebagai contoh, jika anda mengeluarkan modal sebanyak RM6 untuk sebotol kordial dan anda boleh menjual sebanyak 20 bungkus air pada harga RM1 setiap satu, anda sudah berjaya memperoleh keuntungan sekitar RM 14.

Terdapat beberapa lagi kos yang anda perlu tolak seperti kos ais, plastik dan juga “straw” tetapi anda masih mampu untuk memperoleh keuntungan yang tinggi.

Untuk menguruskannya juga tidak rumit dan anda boleh mengupah beberapa orang pekerja untuk menguruskannya untuk anda.

Kebiasaannya untuk sesebuah “food court” hanya akan ada satu sahaja kedai yang menjual air.  Semestinya anda lah yang akan dicari bagi pelanggan mendapatkan air.

Jarang untuk anda jumpa mereka yang singgah kedai untuk makan tapi tidak memesan air.

Anda juga boleh menjalankan bisnes ini di kawasan pasar malam.

Ia sememangnya antara bisnes modal kecil yang terbaik yang anda boleh jalankan.

4 . Menjual Nasi

Bayangkan jika anda dapat menyediakan nasi bungkus dalam harga sekitar RM4-RM6?

Jika anda sendiri, pastinya anda tidak ada masalah untuk membelinya bukan?

Lebih menarik jika anda dapat menjual nasi lemak untuk sarapan di kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan pelajar dan juga pekerja pejabat yang tinggi.

Kebanyakan rakyat Malaysia gemar untuk makan nasi tanpa mengira masa terutamanya nasi lemak pada waktu pagi.

Jangan pula anda sediakan nasi lemak dengan telur goreng bersaiz “memory card” telefon pintar anda.

Sebenarnya orang tidak kisah jika anda mengenakan harga sekitar RM2 jika anda memberikan nasi pada kuantiti yang banyak, sambal yang sedap, timun potong, sedikit kacang dan juga telur mata.

Selain itu, anda juga boleh menjual nasi dengan lauk-pauk atau juga nasi-nasi yang unik seperti nasi kerabu, nasi dagang dan sebagainya.

Anda perlu kenalpasti lokasi anda samada ia sesuai atau tidak untuk anda sediakan masakan-masakan sedemikian.

5 . Servis Penulisan

Ini juga merupakan diantara bisnes modal kecil yang boleh anda jalankan.

Jika anda mempunyai penguasaan bahasa atau pandai dalam penulisan yang mampu menarik perhatian pembaca, anda boleh pertimbangkan untuk menjalankan bisnes ini.

Dari segi pemasaran juga tidak memerlukan modal yang besar dan anda juga boleh menjadikannya tanpa modal dengan memanfaatkan penggunaan media sosial anda sepenuhnya.

Anda tahu kan yang sekarang ini ramai yang mencari pendapatan tambahan dengan blog serta website?

Ini lah masanya untuk anda mengambil peluang memasarkan servis penulisan anda.

Anda boleh menghebahkannya didalam group bisnes di Facebook. Letakkan harga yang rendah sahaja dahulu.

Sebagai contoh, 500 patah perkataan untuk RM10 pada permulaan.

Kemudian naikkannya sedikit demi sedikit apabila anda sudah mempunyai portfolio dan testimoni positif serta gaya penulisan anda semakin mantap.

6 . BISNES AFFILIATE

Bisnes Affiliate adalah satu bisnes yang popular di alam maya kerana melalui bisnes ini anda tidak perlu buat pembungkusan dan pengeposan barang.

Tak perlu layan whatsapp.

Tak perlu membina produk sendiri. Guna jer produk orang lain yang berkualiti.

Tak perlu nak layan aduan dan rungutan dari pelanggan sebab semua pemilik produk yang uruskan. Anda hanya perlu buat jualan dan terima komisen sahaja.  🙂

Bisnes ini membolehkan anda bermula dengan serta merta. Buat research produk, jika okay terus buat promosi.

Anda tentukan kos untuk promosi untuk produk yang anda pilih. Tiada masalah.

Disini kami bagi anda 2 ‘ajaran superb’ yang pertama ..

Yang pertama, anda boleh buat bisnes affiliate ini di Malaysia. Hasil komisen adalah dalam Ringgit Malaysia (RM). Dan teknik yang berkesan untuk bisnes affiliate di Malaysia adalah melalui Teknik Ini :

Klik –> RAHSIA INCOME AFFILIATE POWER.

Yang Kedua adalah bisnes affiliate luar negara, komisen dibayar dalam USD. Wowwww…

Teknik yang sangat powerful dan PROVEN!. Anda boleh pelajari disini. Cepat ‘grab‘ sebelum link ini ditutup.

Klik –> CB METHOD

Mudah kan sebenarnya untuk anda memulakan Bisnes Modal Kecil seperti yang telah dikongsikan diatas?

Semudah mana sekalipun sesuatu bisnes tersebut, segalanya bergantung pada diri anda kerana tanpa usaha dan komitmen, anda tidak mampu untuk menjana walau 10 sen sekalipun.

Sekian saja untuk kali ini dan jumpa lagi dalam artikel akan datang

Baca artikel dibawah ini pula

Minda Bisnes : 1 Juta Idea Perniagaan Dari Rumah Yang Anda Boleh Cuba

Read more

1 Cara Rakyat Malaysia Ini Boleh Menjana Usd TANPA ke USA

Read more

Rahsia Income Affiliate Review

Read more

1 Teknik Cari Duit Tambahan Di Internet Yang Perlu Anda Tahu

Read more

Mahu Buat Duit Dengan Menulis?

Read more
Posted in Minda BisnesTagged , , , , , , , ,

Post a Comment