Style Switcher

Predefined Colors

Bisnes Makanan Yang Menguntungkan Tahun 2018 Hanya Di Malaysia

BISNES MAKANAN YANG MENGUNTUNGKAN TAHUN 2018 HANYA DI MALAYSIA

Menjalankan bisnes makanan merupakan antara bisnes yang paling menguntungkan jika kena menu, cara, pemasaran dan lokasi. Sebagai contoh, banyak bisnes yang menjadi viral sejak kebelakangan ini seperti bisnes nasi lemak yang mana menjadi viral kerana ada gadis cantik yang menjualnya, penjual berpakaian seperti superhero yang menarik perhatian orang ramai dan juga beberapa bisnes makanan lain yang unik dalam caranya yang tersendiri.

Jadi, anda pastinya nampak bahawa bisnes makanan sebenarnya antara bisnes yang sentiasa mempunyai permintaan kerana setiap hari orang akan mendapatkannya.

Berbeza dengan bisnes lain seperti bisnes yang menjual produk dimana pelanggan akan membeli semula daripada anda sebaik sahaja produk yang digunakannya habis.

Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsikan dengan anda beberapa Bisnes Makanan Yang Menguntungkan yang boleh anda jalankan pada tahun 2018.

1 . Bisnes Burger

Burger merupakan antara makanan yang sentiasa menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia terutamnya pada waktu malam kerana ia lebih ringkas, mudah dimakan dan mudah juga untuk didapatkan.

Ramai yang menjadikan burger sebagai menu wajib mereka untuk setiap malam.

Hal ini kerana mereka menganggap burger sebagai makanan yang lebih ringan berbanding dengan makan nasi pada waktu malam.

Cuba anda perhatikan di sekitar kawasan kediaman anda, berapa banyak gerai burger yang ada? Walaupun saingannya tinggi, tetapi setiap gerai pastinya ada perminat mereka yang tersendiri dan rezeki mereka tidak pernah putus-putus.

Antara lokasi strategik untuk anda menjalankan bisnes burger adalah dikawasan yang mempunyai kepadatan pelajar IPT yang tinggi.

Sememangnya bisnes burger merupakan antara bisnes makanan yang menguntungkan yang boleh anda jalankan kerana ia tidak memerlukan modal yang terlalu besar dan sentiasa mempunyai permintaan. 

———————————————————————————————-
► Dapatkan Panduan Bisnes Burger Disini : https://ohpixels.com/bisnes-burger
———————————————————————————————-

2 . Bisnes Nasi Lemak

Nasi lemak merupakan makanan pilihan utama bagi rakyat Malaysia untuk sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam.

Nasi lemak sememangnya antara makanan yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi tanpa mengira masa.

Untuk menjadikan bisnes nasi lemak anda lebih menarik berbanding yang lain, anda boleh sediakan beberapa lauk yang berbeza seperti sambal kerang, sambal udang, ayam goreng berempah, dan sebagainya.

Jangan fokuskan pada sejenis lauk sahaja kerana rakyat Malaysia sekarang gemarkan variasi dalam pemilihan makanan.

Sukar untuk mereka setia dengan sejenis lauk dalam satu tempoh masa yang lama.

3 . Bisnes Roti Canai

Di Malaysia, roti canai sekarang ini telah melalui satu proses evolusi yang menjadikannya lebih menarik, sedap dimakan dan lebih mengenyangkan.

Sebagai contoh, jika sebelum ini roti canai merupakan antara makanan utama untuk sarapan tetapi sekarang ini terdapat roti canai seperti roti canai ayam black pepper, roti canai chesse, roti canai ayam, roti canai daging dan sebagainya sekaligus menjadikannya sebagai pilihan untuk dimakan tanpa mengira waktu.

Namun, anda perlu mengambil kira kos bahan dan pembuatannya kerana jika ia menjadi terlalu mahal, agak sukar untuk anda mendapatkan pelanggan kerana dalam fikiran pelanggan anda, roti canai tidak seharusnya menjadi terlalu mahal.

Anda juga perlu memastikan supaya ia tidak terlalu jauh menyimpang dengan rasa roti canai asli dan jangan lupa untuk masukkan roti canai kosong dan telur dalam menu anda kerana masih ada yang gemarkan gaya lama.

4 . Bisnes Pisang Goreng

Anda pastinya juga bersetuju bahawa bisnes pisang goreng pastinya sangat menguntungkan kerana ramai yang gemar untuk membeli dan menikmatinya pada waktu petang berserta dengan minuman panas.

Perasaan tersebut sukar untuk digambarkan sebenarnya.

Tidak kisah jika anda ingin melakukan perubahan kepada bisnes pisang goreng anda seperti menyediakan menu seperti pisang goreng cheese, pisang goreng coklat dan sebagainya.

Anda juga boleh menyediakan kuih-muih lain bersama-sama dengan pisang goreng anda untuk memberikan lebih banyak variasi pada menu anda.

Sekian sahaja untuk artikel kali ini berkaitan dengan Bisnes Makanan Yang Menguntungkan yang boleh anda jalankan pada tahun 2018. Sebenarnya banyak lagi bisnes lain yang memerlukan modal yang lebih besar seperti bisnes “franchise” yang pastinya sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi.

Namun, bisnes tersebut tidak dapat disenaraikan dalam senarai kali ini kerana ia memerlukan anda mempunyai bukan sahaja modal yang besar, anda juga perlukan kemahiran yang tinggi dalam pengurusan perniagaan, kewangan dan juga pekerja.

Baca artikel ini juga..

Minda Bisnes : 1 Juta Idea Perniagaan Dari Rumah Yang Anda Boleh Cuba

Read more

1 Cara Rakyat Malaysia Ini Boleh Menjana Usd TANPA ke USA

Read more

Rahsia Income Affiliate Review

Read more

1 Teknik Cari Duit Tambahan Di Internet Yang Perlu Anda Tahu

Read more

Mahu Buat Duit Dengan Menulis?

Read more
Posted in Minda BisnesTagged , , , , , , , , , , ,

Post a Comment